loading...

Wednesday 5 October 2016

Filled Under:

Bapa Tiri DURJANA! 3Tahun Jadikan Anak Tiri Berusia 13 Tahun Sebagai @$#%&.... Sehingga Menyebabkan Remaja Itu Mengalami Tekanan Jiwa. Semoga Mendapat Balasan Yang Setimpal!!!

Bapa Tiri DURJANA! 3Tahun Jadikan Anak Tiri Berusia 13 Tahun  Sebagai @$#%&.... Sehingga Menyebabkan Remaja Itu Mengalami Tekanan Jiwa. Semoga Mendapat Balasan Yang Setimpal!!! 





KUALA PILAH - Seorang remaja perempuan terpaksa menjadi hamba nafsu bapa tirinya sejak berusia 13 tahun sehingga mangsa berusia 16 tahun di Senaling.

Perbuatan keji si bapa tiri yang berusia 44 tahun itu terhadap mangsa terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian itu kepada seorang guru sekolahnya selepas mengalami tekanan jiwa, lapor Sinar Harian.

"Mangsa mengambil keputusan untuk membongkar segala perbuatan keji bapa tirinya kerana sudah tidak tahan menjadi hamba seks lelaki itu yang juga peniaga pasar malam," kata sumber akhbar tersebut.

Difahamkan lelaki itu telah berkahwin dengan ibu mangsa beberapa tahun lalu dan tinggal bersama di Senaling. Mangsa mendakwa dirinya telah menjadi hamba seks kepada bapa diri sejak dia memasuki tingkatan satu. Namun mangsa enggan memaklumkan kejadian itu kepada ibunya kerana bimbang ibunya tidak akan percaya pada dirinya. Lalu mangsa mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

Setelah dimaklumkan, guru terbabit segera membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis daerah pada jam 3 petang kelmarin.

Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan lelaki terbabit dan direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Luqman Abdul Rahman, mengesahkan kes itu dan memandang serius perkara tersebut kerana ia melibatkan pelajar dan gadis bawah umur.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan," katanya




0 comments:

Post a Comment